Thursday 2 January 2014


Sepetang di Kuala Perlis

Kejadian ni berlaku masa aku hampir-hampir tidor petang, sempena cuti raya Cina ritu, aku pun taktau nak buat apa, dengan panasnyer, so buat taik mata jelah. Untuk pengetahuan, di kawasan utara masa ni tengah musim kemarau. Memang panaslah, kipas angin set dekat nombor 5 pun masih tak termampu untuk bagi sejuk.

Plan asalnya nak pergi pekena Laksa Kak Su (aku pernah buat entry pasal Laksa Kak Su, boleh KLIK sini untuk mengulangkaji), tapi last-last minit tukar plan. Tak nak pergi pekan Kuala Perlis, tapi nak pergi pekena laksa dekat gerai-gerai sekitar tepi pantai dekat Kuala Perlis. Alang-alang dah petang camni, boleh layan sunset sekali, cewah... Kalau ikut signboard, tempat aku pergi ni dipanggil, Dataran Persisir Pantai Kuala Perlis. Disebabkan masa aku sampai ni hujung minggu, ditambah pulak public holiday, memang agak sesak sikit kawasan sini. Kawasan sini tak besar sangat, so nampak jer ada space untuk parking keta, terus masuk. Ambik hang, depan-depan kedai aku parking, orang kat sini pun dah biasa, tu pasal diorang buat tak reti jer. Tengok matahari, masih lagi tinggi, so kitorang pun cari port untuk makan laksa and lepak-lepak.

Kuala Perlis
kedudukan matahari yang masih lagi tinggi.
Kuala Perlis
"di tepi pantai yang indah...aku duduk seorang diri...suasana~ sepi..."
malunya, mesti korang kutuk suara aku kan...
Kuala Perlis
Kuala Perlis
Ini lah yang aku maksudkan tadi, nampak jer space untuk parking, terus masuk.
Kuala Perlis
Ini lah kedai yang kitorang lepak-lepak, disyorkan sangat kedai ni :)
Kuala Perlis
cucur udang
Kuala Perlis
laksa
Kuala Perlis
Pasembor
Inilah menu yang kitorang makan dekat sini,  aku ambik laksa, dan pasembor tambahan cucur udang. Cucur udang tu kurang sikit rasa kuah dia, masa nak order, aku ada tanya samada kuah sos or kacang. Mamat yang ambik order tu cakap kuah kacang, so dengan yakinnya aku pun order. Bila sampai, dari mata kasar aku, nampak macam kuah kacang + sos jer. Aku agak maybe sebab dah petang, mende nak habis kan, tu pasal diorang wat cam gini. So bila makan tu feel tak sampai, heheh... Laksa pulak bagi aku sedap lah, recommended untuk peminat laksa yang datang ke Kuala Perlis. Tapi, rasa-rasa aku, menu yang paling istimewa, ni haa...PASEMBOR! Memang terbaiklah, sedap sampai menjilat kaki tuh. Aku ingatkan kuah kacang, tapi bukan, tak sure kuah apatah diorang letak. Yang aku tau sedap. 
Apa yang ada dekat Pasembor ni? Ada mee, daging yang dihiris nipis-nipis, telur sebelah, udang 4,5 ketul, sengkuang, timun, pastu mende macam keropok yang selalu diguna pakai dalam Pasembor (orang selatan panggil rojak). Banyak pun banyak! Memang recommended sangat-sangat kalau sesaper singgah makan sini. Masa bayar, aku tak tanya harga lain, tanya harga pasembor ni jer. Bagi aku murah jugaklah, harga Pasembor ni just RM4 sahaja. Selesai makan, tengok matahari dah makin menurun, aku pun berjalan menuju ke tepi pantai.

No comments:

Post a Comment